Thursday 2 November 2023

Long time no see !

 Assalamualaikum.. Apa khabar semua ? 

Lama nya tak buka blog kita ni, sejak sejak dah ada tiktok, instagram dan sebagainya.. lupa akan peneman kita ni dari dulu. Last update 2020 sekarang dah 2023, hujung tahun sudah.. haha biasa lah bila dah ada life sendiri ni kita tak ada masa nak layan semua ni, betul tak ? dulu ye lah, single mingle, tak payah cari duit, duduk rumah goyang kaki. Sekarang dah ada tanggungjawab, bukan pada diri sendiri je, pada keluarga kecil juga. 

Haa... mesti aokme terjekut kan ? bila lah si Umra Sumina ni berkahwin ? Dengan siapa pula dia ni berkahwin ? Ada anak dah ke ? mesti banyak persoalan pembaca-pembaca saya ni kan ? Haha.. itu sebab saya kata saya tak ada masa layan semua ni dah. Okay, harini saya nak story sedikit lah tentang apa yang sudah berlaku kepada saya sepanjang 3 tahun ni tak silap saya.. kan ?

Firstly, saya dah settle kan degree life saya pada tahun 2020 tapi oleh sebab pandemik covid-19 pada tahun itu dan tahun seterusnya, majlis konvokasyen saya terpaksa ditunda selama setahun. Jadi saya telah menamatkan life uni saya secara officialnya pada tahun 2021. Majlis Konvokesyen saya masa tu pun masih mengikut law pandemik. Kena pakai mask, tak boleh bersalaman, duduk jarak-jarak, hanya 2 orang wakil sahaja dapat masuk ke dewan menyaksikan majlis dan sebagainya lagi. Sangat sedih dah kecewa kerana tak dapat bergambar ramai-ramai besama ahli keluarga lain. Pada waktu itu hanya mama dan suami sahaja yang masuk ke dewan, makcik-makcik saya, adik saya hanya menonton secara live di dalam FB dan hanya berada di rumah sewa kami. 

Suami ? dah kahwin eh ? haha, ya sudah berkahwin, Alhamdulillah, lepas je saya habis belajar, dalam 2 bulan macam tu saya bekerja di kedai roti famous yang ada di Segamat sana. Waktu itu lah saya berjumpa dengan jodoh saya aka suami saya sekarang. Nak tahu siapa dia ?, Senior saya sendiri semasa dia sekolah menengah dahulu.. quite funny sebabnya tak expect langsung akan kahwin dengan dia sebabnya time sekolah dulu masing-masing couple dengan orang lain. hahaha... tup tup jumpa dia depan family mart dan saya yang start tegur dia sebab macam kenal. Nampak laa gelenyorr nya.. okay okay , tapi kan si dia yang start tegur dalam instagram yaa.. dm ajak teman makan hahaha.. lepas beberapa kali keluar dengan si dia, dia bagi hint nak ke fasa seterusnya, then dia bagi cincin risik, lepastu go on ke fasa tunang dan nikah pada jangka masa yang singkat.. tak silap bulan 9 tunang bulan 11 nikah.. alhamdulillah dipermudahkan sebabnya semuanya berlaku semasa dunia dilanda wabak covid-19, jadi tak perlu kenduri besar-besaran hanya menjemput keluarga dan kenalan terdekat. In Shaa Allah nanti kami buat majlis resepsi pula untuk jemput semua orang. Doa kan kami supaya dimurahkan rezeki.

Okay kita sambung, majlis konvo saya dijalankan selepas sahaja saya nikah dengan suami saya, oleh sebab itu, hanya mama dan suami saya sahaja yang ikut masuk ke dewan. Okay, done cerita pasal ni, setelah 2 bulan saya nikah, saya pun dikurniakan penghuni rahim pertama saya dan sekarang dia berumur setahun lebih. Alhamdulillah lengkap keluarga kecil saya. Sekarang juga saya bekerja sebagai guru ….. Saya memilih untuk bekerja seperti ini kerana saya perlu mengutamakan anak kami. Kami taknak hantar dia ke pengasuh atas sebab masalah pengasuh zaman sekarang ni, tahu tahu lah kan.. jadi saya perlu berkorban lah demi dia. Alhamdulillah, saya bersyukur atas rezeki ini, walaupun tak banyak tapi cukup untuk keluarga kecil kami. 

Doakan saya dan keluarga saya sentiasa dimurahkan rezeki selalu, dan berharap agar pembaca-pembaca saya pun sentiasa dimurahkan rezeki juga. So, ini lah serba sedikit story saya sepanjang 3 tahun tidak bersua.. Harap dapat update lagi lepas ni okay.. keep on support blog saya.. Love chu yall