Thursday 30 January 2014

Kisah cinta yang paling setia

Asslamualaikum ...Um nak shared satu kisah percintaan ni kapada you all ,. so , baca jangan tak baca ,. ^^
Ini adalah kisah cinta paling setia sepanjang sejarah, tidak dapat dibandingankan dengan kisah Qais dan Laila dan tidak pula kisah Romeo dan Juliet , kerana kisah ini tidak hanya berakhir dengan perkahwinan yang dianggap sebagai puncak kreasi cinta anak manusia, cinta yang sebenarnya adalah yang berterusan, walaupun salah satu dari dua insan itu sudah meninggal,maka kisah cinta yang paling agung adalah kisah cinta junjungan kita Mu h ammad saw kepada ibunda Khadijah .. cinta yang luar biasa, terus berlanjut hingga ibunda Khadijah meningalkan dunia yang fana ini.
Setelah beliau meningal lebih kurang satu tahun, ada seorang perempuan yang datang menemui Nabi saw, dia berkata kepadanya: Wahai Rasulullah, maukah engkau menikah? Engkau mempunyai tujuh orang isteri dan keperluan yang selalu bertambah, dialah yang akan melakukan semua itu .. harus berkahwin, ini merupakan keperluan bagi laki-laki manapun, kalau tidaklah kerana Allah memerintahkan kepada Nabi Mu h ammad untuk menikahi beberapa orang isteri yang datang kepadanya setelah kepergian Khadijah, nescaya dia tidak akan berkahwin lagi.
Junjungan kita ini berkahwin tidak seperti kebanyakan laki-laki, selain Khadijah, selepas itu dia berkahwin kerana tuntutan misi dakwah, namun dia tidak pernah melupakan Khadijah untuk selama-lamanya, bahkan kisah kasihnya tidak pernah pudar, walaupun dia meninggalkannya selama empat belas tahun lebih dahulu .
Ketika penaklukan Makkah , banyak orang yang mengelilingi Rasulullah saw, semua orang Quraisy datang minta maaf kepadanya, tiba-tiba saja beliau melihat seorang nenek yang sudah sangat tua datang dan ingin bertemu dengannya .. Rasulullah saw. meninggalkan rombongan manusia yang ada di sekelilingnya dan berdiri menyambut kedatangan sang nenek, dia ajak bercakap dan duduk disampingnya, melihat kejadian itu 'Aisyah bertanya, siapa gerangan nenek tua itu, dan Rasulullah saw meluangkan masa dan berbincang-bincang dengannya serta kepekatan menghadapinya?
Rasulullah menjawab: " Ini adalah sahabat Khadijah ".
'Aisyah kembali bertanya: Apa yang engkau bicarakan dengannya Wahai Rasulullah?
Dia menjawab: " Kami membicakan hari-hari yang indah bersama Kahdijah ".
Ketika itu timbullah rasa cemburu dalam diri 'Aisyah, lalu dia berkata: Apakah engkau masih mengingat-ingat orang yang sudah tua dan sudah menjadi tanah itu, sementara Allah telah memberikan ganti untuk engkau dengan yang lebih baik?
Maka Nabi menjawab: " Demi Allah, Allah tidak pernah menggantikannya dengan seorang perempuan yang lebih baik darinya .. dia banyak memberikan bantuan moral dan material, dia melindungi aku, ketika penduduk Makkah ini mengusirku, dia membenarkan aku ketika manusia mendustakan aku ".
'Aisyah merasa bahawa Rasulullah agak marah, lalu dia berkata: Minta ampunkanlah aku kepada Allah wahai Rasulullah.
Maka Nabi menjawab: " Minta ampunkanlah bagi Khadijah, baru aku akan memintakan ampun bagimu ". (HR. Bukhari).

No comments: